KEBEBASAN beragama akan dipelihara di bawah petandbiran kerajaan Barisan Nasional, kata Perdana Menteri Najib Razak di festival Thaipusam di Kuala Selangor hari ini.
Beliau memberi jaminan buat kaum India bahawa kerajaan akan menjaga permasalahan masyarakat Hindu.
“Saya faham masyarakat India berhadapan pelbagai isu warisan dan legasi yang perlu ditangani kerajaan.
“Kaum India akan lebih makmur jika mereka percaya antara satu sama lain, selagi semangat Nambikei (kepercayaan) antara satu sama lain.
“Saya akan terus menyokong masyarakat Insia,” katanya ketika berucap di Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini hari ini.
Lebih 3,000 orang sekitar Kuala Selangor menghadiri acara itu.
Berbading selalunya, Najib akan menghadiri acara sambutan Thaipusam di Batu Caves, namun kali ini beliau memutuskan untuk menghadiri upacara itu di Kuala Selangor pula.
Pagi ini, timbalannya Ahmad Zahid Hamidi pula yang berada di Batu Caves.
“Saya selalu menyambut (Thaipusam) di Batu Caves, tapi kali ini saya putuskan untuk datang ke sini dan tengok pembangunan di sini.
“Saya kerap menekankan yang pembangunan mestilah adil dan inklusif.
“Sebab itulah pada 2017 kerajaan melancarkan Malaysian Indian Blueprint bagi membantu masyarakat India.
“Dana lebih RM1 bilion telah diperuntukkan untuk menaikkan taraf hidup masyarakat India.”
Tambah Najib, apa yang beliau perlukan adalah sokongan dan keyakinan masyarakat India selain mengatakan yang BN akan sentiasa menunaikan apa yang telah dijanjikan.
“Jangan lupa bila kami letak mana-mana calon di sini, tolonglah berikan sokongan.”
Dalam pada itu juga, Najib bersumpah akan membantu kuil membinta dewan masyarakat bernilai RM3 juta.
“Kalau kuil boleh dapatkan RM1.5 juta, saya akan tambah lagi RM1.5 juta,” katanya disambut tepukan gemuruh. – 31 Januari, 2018.
Komen