Varian baharu Covid-19 dikesan di Belgium


Pihak berkuasa kesihatan Belgium mendapati satu daripada sampel suspek disahkan virus B.1.1.529. – Gambar AFP, 27 November, 2021.

VARIAN baharu Covid-19 dikenali B.1.1.529 dikesan di Belgium, kata Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Franck Vandenbroucke pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi dua sampel suspek yang dianalisis pihak berkuasa kesihatan mendapati satu daripanya disahkan virus B.1.1.529.

Belgium pada Jumaat memutuskan untuk menangguhkan penerbangan dari negara selatan benua Afrika selaras dengan syor Kesatuan Eropah.

Pengembara Belgium yang pulang dari negara di selatan Afrika dan negara lain yang berdekatan mesti menjalani kuarantin 10 hari.

Beberapa negara di Eropah terutamanya United Kingdom, Jerman dan Itali sudah memutuskan menutup sempadan dengan rantau itu. – Bernama, 27 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen