KAUM India di Malaysia hari ini digesa “tutup buku lama” dan melupakan sengketa dahulu ketika negara semakin menghampiri Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mesej itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada ucapannya di majlis sambutan Thaipusam di Batu Cavesm Selangor hari ini.
Pada ucapan sama, beliau juga menggesa orang India mengundi BN pada PRU14 nanti.
Ini katanya bagi memastikan kepentingan orang India Malaysia dapat dipelihara.
“Dengan komitmen kerajaan sedia ada, saya harap yang orang India akan tutup buku lama. Apa sahaja tidak setuju yang anda ada, lupakan sahaja.
“Untuk hari besar nanti (PRU14), kita perlu sokong Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak,” katanya.
Orang India di Malaysia membentuk lebih daripada dua juta daripada 31 juta populasi Malaysia pada 2016.
Zahid menambah yang beliau sendiri akan berjumpa dan meminta Najib Razak memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM2 juta bagi membaik pulih Batu Caves supaya menjadi tempat tumpuan pelancong yang lebih baik.
“Saya akan bercakap dengan kerajaan dan saya sendiri akan berbisik kepada Najib Razak untuk memperuntukkan dua juta lagi daripada 25 juta yang sebelum ini diperuntukkan untuk menambah baik kuil Batu Caves.
“Kita akan bina kompleks kebudayaan yang dijangka siap pada 3 Jun…dan saya berjanji kepada anda yang peruntukan dua juta akan diluluskan dalam tempoh seminggu,” katanya.
Najib sebelum ini mengumumkan peruntukan lebih RM1 bilion di bawah Pelan Tindakan Untuk Masyarakat India bagi menangani masalah dihadapi masyarakat itu seperti keperluan asas, meningkatkan kualiti pendidikan, meningkatkan peluang pekerjaan dan keusahawanan serta meningkatkan penyertaan sosial dalam komuniti itu.
Najib juga berjanji akan mewujudkan sistem kelulusan khas bagi permohonan warganegara untuk orang India yang tinggal di Malaysia sebelum 1957.
Perdana menteri berkata terdapat 2500 orang India Malaysia yang dilahirkan sebelum Kemerdekaan memohon status warganegara pada 2017. – 31 Januari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amer Farid · Ulasan
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ss Lee · Ulasan