Ujian saringan mingguan murid sekolah rendah mulai Isnin, kata Khairy


Ravin Palanisamy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ujian saringan bagi murid sekolah rendah akan bermula Isnin depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2021.

MURID sekolah rendah di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin Covid-19 wajib menjalani ujian saringan mingguan mulai Isnin depan, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri kesihatan berkata ujian berkenaan perlu dijalankan bagi mengelakkan kluster di sekolah.

Tambahnya, ujian saringan tersebut sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan dan dibuat secara bergilir.

“Ujian ini perlu dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 10% sampel daripada populasi murid di sesebuah sekolah.

“Kalau bergejala, sudah tentu mesti buat ujian tetapi kalau tidak bergejala pun, di sekolah rendah, mesti buat ujian sampel daripada populasi pelajar bagi memastikan tidak wujud kluster di peringkat sekolah,” kata Khairy pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau dalam pada itu memaklumkan  Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang ditangguhkan sebelum ini akan dimulakan pada Isnin depan.

“Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan akan menggariskan bila dan siapa perlu menjalankan ujian, dan ujian apa yang perlu dijalankan sama ada  RT-PCR atau ujian kendiri,” katanya. – 26 November, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen