MALAYSIA melaporkan 48 kematian baharu Covid-19 semalam di mana 10 daripadanya meninggal dunia di luar hospital, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah kematian koronavirus kini sebanyak 30,195 kes.
Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari berkenaan ditambah kes yang baru disahkan oleh KKM disebabkan oleh Covid-19.
Menurut data mentah GitHub KKM menunjukkan Kelantan dan Terengganu melaporkan kematian tertinggi semalam dengan masing-masing lapan kes.
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan satu kematian.
Kedah dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan dua kematian manakala terdapat tiga kematian di Pahang, empat di Sabah, enam masing-masing di Perak dan Sarawak serta lima di Selangor.
Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Kadar kematian semasa negara berada pada 0.8% setakat semalam dengan purata nasional untuk kematian koronavirus pada 15 bagi setiap sejuta penduduk. – 26 November, 2021.
Komen