Exco PAS kekal di Selangor, kata Azmin


Yasmin Ramlan

Kepimpinan PKR mahu terus membuka pintu kepada PAS, kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Mei, 2017.

SELANGOR mengekalkan jawatan tiga ahli majlis eksekutif PAS di negeri tersebut meskipun PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Menteri Besar Azmin Ali berkata terpulang kepada tiga exco tersebut sama ada ingin memilih untuk terus kekal memegang jawatan di negeri pimpinan PKR itu ataupun sebaliknya.

“Ada perubahan? Tiada perubahan,” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai status jawatan tiga exco itu.

“Kami sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang sebab kita dah bersiap lama,” katanya selepas Kongres Nasional PKR di Shah Alam hari ini.

Tiga exco tersebut ialah Zaidy Abdul Talib, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Semua perwakilan tiga sayap PAS – Ulama, Pemuda dan Pusat – meminta kepimpinan parti memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar parti Islam itu di Alor Setar, baru-baru ini.

Apabila ditanya sekali lagi mengenai tiga exco itu, Azmin berkata kepimpinan parti akan berbincang mengenai perkara itu.

Apabila pemberita bertanya bila mesyuarat itu akan diadakan, katanya: “Awak tentukan tarikh dan kita akan bincangkannya.”

Katanya, pimpinan PKR mahu membuka pintu kepada parti Islam itu. – 21 Mei, 2017.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Stupid azmin, they will spit on your face later.

    Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Ali Along · Ulasan

  • Azmin clearly silap banyak.. to play a game of reverse psychology with Pas or its supporters..

    Simpan karat your nawaitu ..to make up public opinion..that pkr are not same as Pas?

    Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Matt Jessy · Ulasan