KKM lapor 37 kematian baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Sebanyak 37 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia setakat semalam menjadikan jumlah kematian di negara ini sebanyak 30,147 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 November, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 37 kematian akibat Covid-19 setakat tengah malam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut data mentah Github KKM menunjukkan semua kematian adalah kes tertunggak menjadikan jumlah kematian di negara ini sebanyak 30,147 kes.

Daripada 37 kematian, sembilan diklasifikasikan sebagai meninggal dunia di luar hospital menjadikan jumlah korban dalam kategori ini sebanyak 6,096.

Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari berkenaan ditambah kes yang baru disahkan oleh KKM disebabkan oleh Covid-19.

Terengganu melaporkan jumlah kematian terbanyak dengan 61 kematian direkodkan dalam tempoh dua minggu, meningkatkan kadar kematiannya sebanyak 45%.

Negeri lain yang melaporkan kes baharu termasuk Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing 5), Selangor dan Kelantan (masing-masing 4), Johor dan Perak (masing-masing 3), Kedah dan Pahang (masing-masing 2), Sarawak dan Kuala Lumpur (masing-masing 1).

Tiada kematian berkaitan koronavirus dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Manakala sembilan kes kematian di luar hospital dilaporkan di Kelantan, Sabah dan Selangor (masing-masing 2), Johor, Perak dan Terengganu (masing-masing 1).

Kadar kematian semasa negara adalah pada 0.8% setakat semalam dengan purata nasional bagi kematian koronavirus pada 15 bagi setiap sejuta penduduk. – 25 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen