KEMASUKAN pesakit Covid-19 meningkat kepada 1,284 kes semalam berbanding 1,132 hari sebelumnya, menurut laman web CovidNow.
Secara keseluruhan, kadar penggunaan katil hospital 69.9% sementara untuk kes Covid-19 ialah 39.9%.
Kadar kemasukan hospital menunjukkan tahap serius wabak koronavirus.
Lembah Klang melaporkan jumlah kemasukan tertinggi paling banyak iaitu 344, naik daripada hari sebelumnya iaitu 305.
Terengganu melaporkan kadar penggunaan katil paling tinggi 87.8.%.
Kadar penggunaan alat bantuan pernafasan ialah 38.1% dan katil di unit rawatan rapi (ICU) 64.3%.
Sebanyak 68,625 kes aktif Covid-19 dilaporkan di negara ini setakat malam tadi. Daripada jumlah itu, 532 pesakit di ICU, dengan 266 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, 54,940 pesakit menjalani kuarantin kendiri, 7,529 di pusat kuarantin bergejala ringan dan 5,624 dirawat di hospital. – 24 November, 2021.
Komen