AUSTRALIA mengumumkan pada Isnin akan kembali menerima ketibaan pelajar asing dan pekerja mahir mulai bulan depan, melonggarkan beberapa sekatan perjalanan pandemik yang paling ketat di dunia.
Sepanjang 20 bulan selepas Australia menutup sempadannya, beberapa pemegang visa – serta warga Jepun dan Korea Selatan – boleh masuk mulai 1 Disember.
“Australia membuka semula kepada dunia,” kata Menteri Dalam Negeri Karen Andrews ketika mengumumkan berita itu, menambah ia setapak lagi untuk Australia.
Kerajaan Perdana Menteri Scott Morrison menarik balik sekatan kepada warga Australia yang melancong ke luar negara bulan lalu, mencetuskan kebanjiran tempahan perjalanan untuk musim panas.
Tetapi Morrison – yang berharap untuk dipilih semula tahun depan – dengan jelas enggan melonggarkan peraturan perjalanan untuk bukan warga Australia.
Langkah itu menyebabkan kira-kira 1.4 juta pemegang visa mahir terperangkap di Australia, tidak dapat kembali jika mereka memutuskan untuk pulang.
Kumpulan perniagaan berusaha kuat agar pemegang visa yang sudah divaksin dibenarkan pulang, kerana mereka bergelut untuk mengisi pekerjaan
Antara yang paling lantang menggesa peraturan dilonggarkan lagi ialah sektor universiti.
Menurut Universities Australia, kumpulan industri, 130,000 pelajar antarabangsa masih berada di luar negara.
Terdapat kebimbangan ramai pelajar Asia akan memilih untuk belajar di Amerika Syarikat atau Eropah daripada membayar kursus dalam talian yang berpangkalan di Australia.
Belum ada maklumat lagi mengenai bila pelancong mungkin boleh kembali ke Australia, satu tamparan kepada sektor pelancongan yang turut terjejas teruk, yang menyaksikan bilangan pelawat semakin berkurangan sejak sempadan ditutup pada Mac 2020.
Walaupun beberapa negeri di Australia masih memerlukan kuarantin, warga Australia yang sudah divaksin, beberapa pemegang visa dan warga Jepun, Korea Selatan dan Singapura kini boleh melawat Australia dengan hanya ujian sebelum berlepas menunjukkan negatif Covid-19. – AFP, 22 November, 2021.
Komen