SERAMAI 2,589,925 individu atau 82.3% daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 2,755,745 individu atau 87.6% daripada populasi remaja pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 95.6% atau 22,390,580 individu dewasa telah lengkap vaksinasi manakala 97.8% atau 22,914,289 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, setakat semalam.
Sebanyak 36,028 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,244 dos pertama, 4,325 dos kedua, dan 29,459 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,938,646. – Bernama, 22 November, 2021.
Komen