MALAYSIA merekodkan 4,854 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini kepada 2,586,601.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.
Jumlah kes hari ini lebih rendah berbanding 5,031 kes yang direkodkan semalam.
Sementara itu Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan untuk 20 November kekal pada 1.01.
Kadar penggunaan katil hospital adalah 67.3% dan 39.8% adalah untuk Covid-19. – 21 November, 2021.
Komen