KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan 38 kematian baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga tengah malam tadi, yang kesemuanya adalah tertunggak.
Kematian terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 kepada 29,978.
Menurut data Git.hub KKM, lima daripada 38 kematian disahkan sebagai kes meninggal dunia di luar hospital.
Kementerian memperoleh angka harian daripada jumlah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tertunggak yang baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas menyelesaikan siasatan klinikal mereka.
Terengganu mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 12 kematian.
Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kematian baharu semalam ialah Johor(1), Kedah (4), Kelantan(1), Melaka(2), Pahang (1), Perak (5), Sabah (3), Sarawak(4), Selangor(4), and Kuala Lumpur (1).
Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang kematian.
Sementara itu, menurut laman web CovidNow purata kematian negara bagi setiap sejuta penduduk dalam tempoh dua minggu ialah 17 kematian.
Terengganu mencatatkan rekod tertinggi di kalangan negeri dengan 48 kematian bagi setiap sejuta penduduk. – 21 November, 2021.
Komen