LEBIH separuh penduduk Iran sudah mengambil suntikan lengkap vaksin Covid-19, kata kementerian kesihatan pada Sabtu, ketika kadar jangkitan dan kematian di negara itu mula menurun.
Lebih 44.2 juta daripada 83 juta penduduk Iran sudah menerima dua dos vaksin koronavirus sejak negara itu memulakan kempen vaksinasinya pada Februari, menurut data kementerian.
Sebanyak 12.2 juta orang lagi sudah menerima satu dos vaksin.
Republik Islam itu menggunakan beberapa vaksin, termasuk Sinopharm buatan China.
Iran sedang memerangi wabak koronavirus yang meragut nyawa di Timur Tengah. Ia secara rasmi merekodkan lebih 6 juta jangkitan dan hampir 129,000 kematian.
Pihak berkuasa kesihatan mengakui angka rasmi tidak menggambarkan jumlah sebenar negara.
Tetapi kesnya mula menurun, selepas Iran mencatatkan rekod jumlah jangkitan dan kematian pada Ogos.
Presiden Iran Ebrahim Raisi mengarahkan pada Sabtu menarik balik larangan memandu pada waktu malam selama setahun ke atas kenderaan persendirian di kawasan bandar.
Pada Khamis, negara itu membuka semula stadium bola sepak kepada penonton dengan kapasiti 30% bagi percubaan, kata media tempatan. – AFP, 21 November, 2021.
Komen