1,236 masuk hospital sebab Covid-19 semalam


Aminah Farid

MALAYSIA mencatatkan 1,236 kemasukan ke hospital Covid-19 setakat tengah malam, menurut CovidNow.

Kadar penggunaan keseluruhan menurun daripada 70.6 peratus sehari sebelumnya kepada 68.5 peratus, di mana 40.1 peratus adalah kes Covid-19.

Penggunaan hospital termasuk katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU), serta ventilator, dan kemasukan ke hospital menunjukkan tahap serius virus.

Lembah Klang mencatat kemasukan tertinggi antara negeri dan wilayah dengan 310 kemasukan.

Selangor melaporkan 248 kemasukan, Kuala Lumpur (41) dan Putrajaya (21).

Berdasarkan purata tujuh hari, kemasukan di Lembah Klang mencatatkan penurunan 2 peratus dengan 324 kemasukan, manakala penggunaan katil pada kadar 62 peratus.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan terbaharu ialah Johor dengan 212, Sarawak (101), Sabah (108), Negeri Sembilan (51), Perak (65), Kedah (36), Pahang (46), Melaka (58), Pulau Pinang (36), Perlis (11) dan Labuan (3).

Sementara itu, Lembah Klang menyumbang 2,143 jangkitan daripada 6,355 kes negara semalam.

Selangor melaporkan 1,737 kes, diikuti Kuala Lumpur (324) dan Putrajaya (82).

Jumlah ini meningkat berbanding hari sebelumnya yang melaporkan 1,582 jangkitan.

Negeri lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Johor (497), Kedah (407), Kelantan (735), Melaka (233), Negeri Sembilan (214), Pahang (358), Perak (284), Perlis (16), Pulau Pinang (356), Sabah (543), Sarawak (292), Terengganu (258) dan Labuan (19).

Setakat semalam, terdapat 68,637 kes aktif Covid-19, di mana 54,174 (78.9%) kuarantin di rumah, 8,268 (12%) di pusat kuarantin dan 5,653 (8.2%) dimasukkan ke hospital.

Sebanyak 542 pesakit berada di unit rawatan rapi, di mana 268 daripadanya menggunakan ventilator. – 20 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen