SATU poster palsu kabinet bayangan Pakatan Harapan hari ini bertebaran di tangga luar bilik media yang menamakan Dr Wan Azizah Ismail sebagai perdana menteri dan Lim guan Eng sebagai timbalannya.
Poster yang tersebar sewaktu Kongres Nasional PKR sedang berlangsung itu turut menamakan 22 jawatan kabinet yang disandang pemimpin lama PH.
Antaranya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Muhyiddin Yassin sebagai menteri pendidikan, jawatan yang pernah disandang Muhyiddin; Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai menteri penerangan dan komunikasi dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat.
Bagaimanapun, Ketua Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menafikan perkara itu apabila The Malaysian Insight meminta pengesahan.
“Jika ada pun, ia tidak akan di tinggalkan di tangga seperti ini. Ia akan dicanang negara (seluruh pelusuk) di pentas-pentas ceramah.
“Tetapi terima kasih kepada mereka yang berusaha untuk meletakkan idea dalam fikiran rakyat bahawa PKR dan PH sudah sedia untuk mengambil alih Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan.– 21 Mei, 2017.
Komen