KKM lapor 6,355 kes baharu Covid-19


Sebanyak 6,355 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari yang menunjukkan peningkatan daripada 6,288 kes semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 6,355 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari yang menunjukkan peningkatan daripada 6,288 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Negara ini merekodkan kes harian tertinggi dalam tiga minggu pada Jumaat lepas apabila sebanyak 6,517 kes dilaporkan.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke portal CovidNow selepas tengah malam.

Dr Noor Hisham berkata kadar jangkitan kini pada 1.02, menurun daripada semalam sebanyak 1.04.

Purata kadar kemasukan ke hospital tujuh hari melaporkan peningkatan 3% dengan penggunaan katil hospital pada 71% di seluruh negara.

Setakat semalam 95.5% daripada populasi dewasa sudah diberi vaksin manakala 97.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja, 81.1 sudah disuntik sepenuhnya manakala 87.3% sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.

Dari segi populasi, 76.4% daripada jumlah penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya manakala 78.6% menerima satu dos vaksin. – 19 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen