55 kematian Covid-19 semalam, lapor KKM


NEGARA mencatatkan 55 kematian setakat tengah malam, menurun berbanding hari sebelum dengan 68 kematian, lapor Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah itu, sembilan kematian adalah di luar hospital.

Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 negara kini sebanyak 29,892.

Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari itu dan kes yang baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi dengan 10 kematian, diikuti Terengganu (8) dan Kedah (7).

Negeri lain yang merekodkan kematian ialah Johor (5), Kelantan dan Selangor masing-masing (6), Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur maisng-masing (2), Pahang, Perlis dan Sabah masing-masing (1) dan Perak (4).

Tiada kematian dilaporkan di Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Kadar kematian negara ketika ini berada pada kadar 0.9% manakala kematian bagi setiap sejuta orang dalam dua minggu terakhir adalah 16.

Setakat semalam, jumlah kes aktif dilaporkan berjumlah 67,358, meningkat berbanding 66,793 pada hari sebelumnya.

Daripada angka ini, 52,820 (78.4%) kuarantin di rumah, 8,181 (12.1%) di pusat kuarantin manakala 5,816 (8.6%) dimasukkan ke hospital.

Terdapat 541 pesakit di unit rawatan rapi, dengan 263 pesakit menggunakan ventilator. – 19 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen