1,294 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam


Sebanyak 1,294 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam. Kadar pesakit di hospital pada masa ini 70.6%, dengan 40.4% kes Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2021.

SEBANYAK 1,294 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Kadar pesakit di hospital pada masa ini 70.6%, dengan 40.4% adalah kes Covid-19.

Kapasiti hospital termasuk penggunaan katil, selain jumlah pesakit di unit rawatan rapi dan penggunaan alat bantuan pernafasan.

Lembah Klang melaporkan 344 kemasukan ke hospital – jumlah tertinggi dengan 63.9% kadar penggunaan.

Selangor melaporkan 283 pesakit dimasukkan ke hospital, Kuala Lumpur (31) dan Putrajaya (30).

Bagi purata tujuh hari, ia melaporkan peningkatan 10% bagi kemasukkan pesakit ke hospital dan 64% kadar penggunaan katil.

Negeri lain yang turut melaporkan kemasukan pesakit ke hospital ialah Johor dengan 229 kes, Kelantan (125), Sarawak (112), Terengganu (78), Negeri Sembilan (65), Perak (58), Pahang (53), Kedah (43), Melaka (25), Pulau Pinang (24), Perlis (10) dan Labuan (1).

Malaysia semalam melaporkan 6,380 kes baharu Covid-19.

Lembah Klang melaporkan 1,582 kes, turun berbanding 2,046 hari sebelumnya.

Selangor melaporkan 1,448 kes, Kuala Lumpur (399) dan Putrajaya (35).

Negeri lain merekodkan kes jangkitan baharu ialah Kelantan (733), Johor (566), Sabah (541), Pahang (425), Kedah (409), Pulau Pinang (327), Sarawak (311), Melaka (307), Perak (304), Negeri Sembilan (239), Perlis (21) dan Labuan (18).

Jumlah kes aktif pada masa ini 67,358 dengan 52,820 (78.4%) sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, 8,181 (12.1%) di pusat kuarantin dan 5,816 (8.6%) dirawat di hospital.

Seramai 541 pesakit dirawat di ICU, dengan 263 menggunakan alat bantuan pernafasan. – 19 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen