68 kematian Covid-19 semalam


Perak merekodkan jumlah tertinggi kematian akibat Covid-19 iaitu sebanyak 13 kes, diikuti Selangor (10) dan Terengganu (9). – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 November, 2021.

MALAYSIA melaporkan 68 kematian setakat tengah malam semalam, lonjakan daripada 40 kes dilaporkan sebelum itu, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Data daripada GitHub menunjukkan daripada jumlah keseluruhan, seorang meninggal dunia semalam, dengan bakinya kes tertunggak, 12 diklasifikasikan sebagai meninggal dunia di luar hospital.

Jumlah itu menjadikan kematian kes Covid-19 kepada 29,837.

Perak merekodkan jumlah tertinggi kematian (13), diikuti Selangor (10) dan Terengganu (9).

Negeri lain yang melaporkan kematian ialah Sarawak (8); Johor, Kedah and Kuala Lumpur (4); Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah (3); serta Pulau Pinang (1).

Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Setakat semalam, sebanyak 66,793 kes aktif Covid-19, meningkat dari hari sebelumnya 65,316 kes.

Sementara itu, 52,235 pesakit menjalani kuarantin kendiri, 8,242 di pusat kuarantin dan 5,780 dirawata di hospital. – 18 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen