NEGARA melaporkan 1,247 kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital setakat tengah malam dengan kapasiti 71.6 peratus, menurut laman web CovidNow.
Kadar penggunaan katil di hospital dilaporkan meningkat berbanding semalam.
Penggunaan hospital bermaksud kadar guna katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU), serta ventilator. Kemasukan ke hospital menunjukkan tahap serius virus.
Terdapat 274 kemasukan di Lembah Klang yang tertinggi mengikut negeri atau wilayah. Selangor melaporkan 349 kemasukan, Kuala Lumpur (34) dan Putrajaya (24).
Berdasarkan purata tujuh hari, Lembah Klang mencatatkan peningkatan 17 peratus kadar kemasukan ke hospital dengan jumlah 335 kemasukan, manakala penggunaan katil pada kadar 62 peratus.

Sementara itu, Terengganu menyaksikan penurunan kadar penggunaan daripada 91.5 peratus pada hari sebelumnya kepada 89.5 peratus dengan peningkatan sebanyak 72 kemasukan.
Negeri lain yang melaporkan kemasukan hospital ialah Johor dengan 228, Sarawak (123), Sabah (105) dan Kelantan (105), Negeri Sembilan (51), Perak (57), Kedah (50), Pahang (43), Melaka (14), Pulau Pinang (34), Perlis (10) dan Labuan (6).
Sementara itu, Lembah Klang menyumbang 2,046 daripada 6,288 kes negara semalam.
Ini kali kedua sejak 12 November wilayah itu merekodkan lebih dua ribu jangkitan.
Selangor melaporkan 1,615 kes, diikuti Kuala Lumpur (403) dan Putrajaya (28).
Negeri lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Johor (538), Kedah (425), Kelantan (805), Melaka (137), Negeri Sembilan (244), Pahang (377), Perak (243), Perlis (27), Pulau Pinang (221), Sabah (599), Sarawak (300), Terengganu (299) dan Labuan (28).

Setakat semalam, terdapat 66,793 kes aktif Covid-19 meningkat berbanding sehari sebelumnya iaitu 65,316 kes.
Sementara itu, 52,235 pesakit sedang kuarantin di rumah, 8,242 di pusat kuarantin berisiko rendah, dan 5,780 dimasukkan ke hospital. – 18 November, 2021.
Komen