Denda yang tinggi jika calon BN mahu lompat parti, kata Tok Mat 


Ravin Palanisamy

Pengarah pilihan raya Barisan Nasional Mohamad Hasan memberi amaran kepada calon yang mahu melompat parti sekiranya memang pada pilihan raya negeri Melaka.– Gambar fail The Malaysian Insight, 17 November, 2021.

CALON Barisan Nasional yang menang pada pilihan raya negeri Melaka tidak akan lompat parti kerana parti itu telah mengikat mereka dengan , kata pengarah pilihan raya Barisan Nasional Mohamad Hasan.

Timbalan presiden Umno itu berkata calon yang gagal mematuhi dan mengingkari perjanjian itu perlu membayar denda yang tinggi, yang tidak didedahkannya.

“Calon BN yang bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka akan datang telah pun membuat komitmen. Terdapat 3 komitmen - pertama akuan berkanun (SD) yang ditandatangani - kedua perjanjian yang dipohon calon untuk menggunakan lambang BN dan ketiga menggunakan kemudahan BN.

Beliau berkata parti turut menetapkan denda yang tinggi dalam perjanjian jika terdapat mana-mana pemenang lompat parti.

“Jumlah itu bukan sedikit. Mereka kena bayar berjuta-juta. Saya tidak mahu nyatakan (jumlah) di sini tetapi jika mahkamah mahu tentukan berapa yang dia bayar, itu terpulang kepada mahkamah” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat dalam satu program yang dihadirinya bersama calon ketua menteri BN Melaka Sulaiman Md Ali.

Mohamad berkata, mereka telah melakukan segala-galanya bagi memastikan calon BN tidak mengkhianati mandat rakyat.

Beliau berkata, jika BN memenangi pilihan raya negeri dengan majoriti dua pertiga, parti itu akan membawa usul untuk meminda perlembagaan negeri dan meletakkan undang-undang anti-lompat parti.

Mohamad turut menggesa Pakatan Harapan (PH) untuk bercakap mengenai isu ini dan menyokong mereka jika usul itu dibawa ke depan.

Beliau berkata PH tidak sepatutnya melanggar dasar menerima pembelot, yang didakwanya telah dilakukan pada pilihan raya Melaka.

“Pada masa itu, saya harap PH tidak menentang cadangan itu, jika mereka membantah, maka mereka menelan kata-kata mereka sendiri.

“Kerana merekalah yang memperjuangkan dan membantah lompat parti tetapi tiba-tiba sekarang, mereka juga ada istilah untuk mereka yang melompat sebagai ‘katak berprinsip’.

“Kini mereka mempunyai semua terma katak berprinsip dan tidak berprinsip,” katanya.

PH menerima bekas ketua menteri Idris Haron dan bekas Adun Pantai Kundor Nor Azman Hassan ke dalam gabungannya.

Idris bertanding di Asahan manakala Nor Azman mempertahankan kerusi Pantai Kundor.

Rakyat Melaka akan keluar mengundi pada hari Sabtu. PH memenangi negeri itu pada pilihan raya umum lalu tetapi kerajaan negeri tumbang berikutan pembelotan yang membolehkan kerajaan pimpinan Umno mengambil alih.

Bagaimanapun, kerajaan negeri itu juga dijatuhkan selepas empat Adun, termasuk dua daripada Umno, menarik sokongan mereka kepada ketua menteri Sulaiman Md Ali.– 17 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen