1,221 dimasukkan ke hospital akibat Covid semalam


Aminah Farid

Malaysia mencatatkan 1,221 kemasukan ke hospital setakat tengah malam dengan kadar penggunaan pada 68.3 peratus. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 November, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 1,221 kemasukan ke hospital Covid-19 setakat tengah malam dengan penggunaan mencapai 68.3 peratus, menurut laman web CovidNow.

Secara keseluruhan terdapat penurunan penggunaan katil, namun, penggunaan untuk Covid-19 meningkat kepada 39.8 peratus daripada 39.7 peratus.

Penggunaan hospital termasuk katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU), serta ventilator, dan kemasukan ke hospital menunjukkan tahap serius virus.

Terdapat 274 kemasukan di Lembah Klang, tertinggi mengikut negeri atau wilayah.

Mengikut purata tujuh hari, ia mencatatkan peningkatan 17 peratus kemasukan ke hospital dengan 335, manakala penggunaan katil pada kadar 62 peratus.

Selangor melaporkan 216 kemasukan, Kuala Lumpur (39) dan Putrajaya (19).

Sementara itu, Terengganu menyaksikan lonjakan ketara kadar penggunaannya daripada 86.3 peratus pada hari sebelumnya kepada paras tertinggi 91.5 peratus dengan 66 kemasukan.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ke hospital ialah Johor dengan 193, Sarawak (116), Sabah (140), Kelantan (123), Negri Sembilan (69), Perak (68), Kedah (42), Pahang (54), Malacca (29 ), Pulau Pinang (27), Perlis (17) dan Labuan (3).

Sementara itu, Lembah Klang menyumbang 1,580 daripada 5,413 jangkitan negara semalam.

Selangor melaporkan 1,217 kes, diikuti Kuala Lumpur (312) dan Putrajaya (51).

Negeri lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Johor (479), Kedah (438), Kelantan (743), Melaka (116), Negeri Sembilan (198), Pahang (329), Perak (250), Perlis (25), Pulau Pinang ( 236), Sabah (487), Sarawak (266), Terengganu (261) dan Labuan (4).

Setakat semalam, terdapat 65,316 kes aktif Covid-19, menurun berbanding hari sebelumnya dengan 65,956 kes.

Sementara itu, 50,765 pesakit sedang kuarantin di rumah, 8,217 di pusat kuarantin berisiko rendah, dan 5,789 dimasukkan ke hospital. – 17 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen