KKM lapor 40 kematian baharu Covid-19


Aminah Farid

Sebanyak 40 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam di mana kesemuanya kes tertunggak dengan tujuh diklasifikasikan meninggal dunia di luar hospital. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 November, 2021.

AminahMALAYSIA mencatatkan 40 kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut data mentah GitHub, semua kematian adalah kes tertunggak dengan tujuh daripadanya diklasifikasikan sebagai meninggal dunia di luar hospital.

Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 29,769 kes.

Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari berkenaan ditambah kes yang baru disahkan oleh KKM disebabkan oleh Covid-19.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi iaitu tujuh di mana 17.5% daripada kematian baharu.

Negeri lain yang melaporkan kematian baharu Covid-19 ialah Sarawak (6), Pulau Pinang (5), Sabah (5), Terengganu (4), Kelantan (3), Negeri Sembilan (3), Johor (2), Perak (2), Kedah (1), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Setakat semalam terdapat 65,316 kes aktif Covid-19 yang menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya iaitu 65,956 kes.

Sementara itu 50,765 pesakit dikuarantin di rumah, 8,217 di pusat kuarantin berisiko rendah 5,789 dimasukkan ke hospital. – 17 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen