95.4% populasi dewasa lengkap vaksinasi


Sebanyak 121,232 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 25,439 suntikan dos lengkap, 6,707 menerima dos pertama dan 89,086 pula mendapat suntikan dos penggalak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 November, 2021.

SERAMAI 22,332,571 individu atau 95.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 22,882,504 individu atau 97.7 peratus bagi populasi dewasa pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Bagi populasi remaja pula, 81 peratus atau 2,549,437 individu lengkap divaksinasi manakala 87.2 peratus atau 2,743,176 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 121,232 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 25,439 suntikan dos lengkap, 6,707 menerima dos pertama dan 89,086 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,455,404. – Bernama, 17 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen