1,146 kemasukan baharu ke hospital akibat Covid-19, kata KKM


Aminah Farid

Sebanyak 1,146 kemasukan baharu ke hospital akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam semalam dengan kapasiti 68.7%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 1,146 kemasukan ke hospital akibat Covid-19 setakat tengah malam semalam dengan kapasiti 68.7%, menurut laman web CovidNow.

Terdapat peningkatan dalam keseluruhan penggunaan katil di hospital termasuk kes bukan Covid-19 - kapasiti Covid-19 meningkat kepada 39.7%.

Kapasiti hospital termasuk penggunaan katil, bilangan pesakit di ICU dan mereka yang menggunakan ventilator.

Walaupun kemasukan hospital berlegar di bawah 1,500, kadar kapasiti hospital menyaksikan aliran meningkat.

Terdapat 269 kemasukan di Lembah Klang, yang tertinggi antara negeri lain.

Pada purata tujuh hari, Lembah Klang mencatatkan peningkatan 20% dalam kemasukan ke hospital dengan 342 kemasukan manakala penggunaan katil mencapai 60%.

Selangor melaporkan 221 kemasukan, Kuala Lumpur 28 dan Putrajaya 20.

Sementara itu Terengganu terus mencatatkan kadar kapasiti tertinggi iaitu 86.3% berbanding sehari sebelumnya dengan 64 kemasukan.

Negeri lain yang melaorkan kemasuka baharu ke hospital ialah Johor dengan 214, Sarawak (126), Sabah (84), Kelantan (123), Negeri Sembilan (71), Perak (63), Kedah (48), Pahang (23), Melaka (28), Pulau Pinang (23) dan Perlis (5) serta Labuan (3).

Sementara itu Lembah Klang menyumbang 1,418 jangkitan daripada 5,143 kes semalam.

Selangor melaporkan 1,144 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (222) dan Putrajaya (52).

Negeri lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Johor (444), Kedah (398), Kelantan (706), Melaka (160), Negeri Sembilan (239), Pahang (267), Perak (202), Perlis (8), Pulau Pinang (220), Sabah (500), Sarawak (287), Terengganu (282) dan Labuan (12).

Setakat semalam terdapat 65,956 kes aktif Covid-19, 51,619 pesakit dikuarantin di rumah, 8,035 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 5,776 dimasukkan ke hospital. – 16 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen