MALAYSIA mencatatkan 53 kematian baharu Covid-19 setakat tengah malam semalam, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Data mentah GitHub menunjukkan semua kematian adalah kes tertunggak dengan 11 daripadanya diklasifikasikan sebagi meninggal dunia di luar hospital.
Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 29,729.
Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari berkenaan ditambah kes yang baru disahkan oleh KKM disebabkan oleh Covid-19.
Sarawak melaporkan kematian tertinggi iaitu sebanyak 12 kes diikuti oleh Terengganu (9), Sabah (8), Johor (5), Selangor (5), Kelantan (4), Kedah (3), Pahang (3), Negeri Sembilan (2), Perak (1) dan Perlis (1).
Tiada kematian baharu dilaporkan di Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga kini, 914 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.
Setakat semalam terdapat 65,956 kes aktif Covid-19. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% daripada 61,760 jangkitan aktif seminggu lalu.
Bagaimanapun jika dibandingkan sebulan lalu, jumlah kes aktif menurun sebanyak 31.8% daripada 96,663 kes.
Sementar aitu 51,619 pesakit dikuarantin di rumah, 8,035 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 5,776 dimasukkan ke hospital. – 16 November, 2021.
Komen