PEMEGANG saham penama perlu mendedahkan siapa pemegang saham utama mereka, kata Mustapa Mohamed.
“Salah satu masalah dalam meningkatkan ekuiti Bumiputera ialah penama dan syarikat yang tidak mendedahkan identiti pemegang saham mereka.
“Oleh itu, kerajaan akan meminda Akta Syarikat bagi memastikan pemegang saham menyatakan siapa pemegang saham utama mereka supaya kerajaan tahu siapa pemilik sebenar,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) itu kepada Dewan Rakyat semasa penggulungan sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 hari ini.
Beliau berkata pegangan saham penama di Malaysia adalah tinggi pada 12%.
Sebab lain mengapa ekuiti Bumiputera tidak mencapai sasaran kerajaan sebanyak 30% ialah penjualan aset Bumiputera kepada bukan Bumiputera, kata Mustapa.
Menurut ahli Parlimen Jeli itu, pada 2019, ekuiti Bumiputera berada pada 17.2%.
Beliau berkata kerajaan masih akan membenarkan pegangan saham asing syarikat pembuatan kekal pada 100% bagi menggalakkan pelaburan asing.
“Syarikat asing yang melabur di Pulau Pinang, Johor dan Lembah Klang akan dibenarkan mengekalkan pemilikan penuh atau 100% pemilikan kilang,” kata Mustapa.
Oleh itu, ekuiti asing di Malaysia adalah pada 4%, tambah beliau.
Mustapa menjelaskan mengapa kerajaan menghadapi kesukaran meningkatkan ekuiti Bumiputera kepada 30%. – 15 November, 2021.
Komen