KKM lapor 5,143 kes baharu Covid-19


Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini 2,551,452 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 5,143 kes baharu Covid-19, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,551,452.

KKM akan memuat naik pecahan kes baharu mengikut negeri di portal CovidNow selepas tengah malam ini, katanya di Twitter.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught bagi seluruh negara kini 1.05, tambah Dr Noor Hisham.

Sementara itu, data KKM di CovidNow juga menunjukkan sebanyak 95.2% atau 22,297,446 individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, manakala 97.6% atau 22,865,060  pula menerima sekurang-kurangnya satu dos, setakat 11.59 malam tadi.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 86.9% atau 2,735,720 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 79.8% atau 2,512,231 individulagi telah lengkap divaksinasi. – 15 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen