KKM lapor 45 kematian baharu Covid-19


Aminah Farid

Sebanyak 45 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam di mana kesemuanya adalah kes tertunggak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 45 kematian baharu Covid-19 setakat tengah malam semalam yang menunjukkan penurunan untuk hari kelima berturut-turut walaupun jangkitan baharu meningkat.

Data mentah dari GitHub menunjukkan semua kematian yang dilaporkan adalah kes tertunggak di mana 12 daripadanya diklasifikasikan sebagai meninggal dunia di luar hospital.

Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 29,676.

Angka kematian harian adalah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari berkenaan ditambah kes yang baru disahkan oleh Kementerian Kesihatan disebabkan oleh Covid-19.

Kebanyakan kematian direkodkan di Kedah yang menyaksikan lapan kematian, diikuti oleh Pulau Pinang dan Selangor (7), Perak dan Sarawak (4), Kelantan, Sabah dan Terengganu (3, Melaka dan Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan and Johor (1).

Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian.

Sehingga semalam terdapat 65,417 kes aktif Covid-19. Sementara itu 51,030 pesakit dikuarantin di rumah, 8,067 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 5,796 dimasukkan ke hospital. – 15 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen