1,175 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, lapor KKM


Aminah Farid

Lembah Klang mencatatkan angka kemasukan yang tertinggi berbanding negeri lain dengan 362 kes dilaporkan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 1,175 kes kemasukan ke hospital akibat Covid-19 setakat tengah malam semalam dengan kapasiti 66.4%, menurut laman web CovidNow.

Angka kemasukan adalah sedikit menurun berbanding hari sebelumnya apabila sebanyak 1,321 kemasukan dilaporkan.

Terdapat 362 kemasukan ke hospital di Lembah Klang yang merupakan antara tertinggi berbanding negeri lain.

Bagi purata tujuh hari, kawasan ini mencatatkan peningkatan 20% dalam kemasukan ke hospital dengan 348 kemasukan manakala kapasiti berjumlah 57%.

Selangor melaporkan 308 kemasukan, Kuala Lumpur 41 dan Putrajaya 13.

Sementara itu Terengganu mempunyai kadar kapasiti tertinggi iaitu 85.5% dengan 67 kemasukan.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ke hospital ialah Johor dengan 186, Sarawak (104), Sabah (103), Kelantan (82), Negeri Sembilan (52), Perak (70), Kedah (36), Pahang (50), Melaka (33), Pulau Pinang (19), Perlis (10) dan Labuan (1).

Sementara itu Lembah Klang menyumbang 1,610 jangkitan daripada 5,162 kes semalam.

Selangor merekodkan 1,266 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (278) and Putrajaya (66).

Negeri lain yang melaporkan kes jangkitan baharu ialah Johor (432), Kedah (366), Kelantan (499), Melaka (216), Negeri Sembilan (174), Pahang (313), Perak (258), Perlis (11), Pulau Pinang (325), Sabah (442), Sarawak (299), Terengganu (200) dan Labuan (17).

Sehingga semalam terdapat 65,417 kes aktif Covid-19. Sementara itu 51,030 pesakit dikuarantin di rumah, 8,067 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 5,796 dimasukkan ke hospital. – 15 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen