Kes Covid-19 meningkat, Jerman rancang kembali kerja dari rumah


Jerman sedang merancang untuk melaksanakan perintah kembali bekerja apabila negara itu kembali berdepan gelombang Covid-19. – Gambar EPA, 15 November, 2021.

JERMAN sedang merancang untuk melaksanakan perintah kembali bekerja dari rumah di bawah draf undang-undang yang dilihat oleh AFP semalam apabila negara itu dalam usaha menangani gelombang kes Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Pengenalan semula peraturan itu yang ditarik balik pada awal Julai dibuat apabila Jerman berdepan gelombang keempat virus yang semakin meningkat.

Jangkitan dan kematian meningkat secara mendadak sejak pertengahan Oktober disebabkan kadar vaksinasi yang hanya mencapai 67% - menyebabkan sebahagian besar penduduk lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit yang teruk.

Pada 289 kes bagi setiap 100,000 orang, insiden koronavirus yang direkodkan mencapai tahap tertinggi baharu di negara paling ramai penduduk Eropah itu semalam, menurut agensi kesihatan Robert Koch Institute (RKI).

Perdana Menteri Saxony Michael Kretschmer berkata wilayahnya kini antara yang paling teruk terjejas.

Di bawah draf rancangan itu, majikan di Jerman dipaksa untuk menawarkan pilihan bekerja dari rumah sekiranya tiada “sebab perniagaan yang menarik” untuk hadir ke pejabat.

Mereka yang keluar bekerja juga diminta menunjukkan mereka sudah divaksin atau sudah diuji negative.

Kerajaan Jerman juga sedang merancang untuk mengehadkan akses kepada acara tertentu terhadap mereka yang divaksin atau pulih dari jangkitan koronavirus dan boleh menunjukkan ujian negaif, menurut laporan media Jerman. – AFP, 15 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen