11 kluster Covid-19 masih aktif di Sarawak, kata JPBN


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan memaklumkan jumlah kluster negeri itu berkurangan kepada 11 apabila dua kluster iaitu Kluster Tembok Limbang di Limbang dan Kluster Jalan Matang di Kuching diisytihar tamat hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 November, 2021.

JUMLAH kluster jangkitan Covid-19 di Sarawak berkurangan kepada 11 apabila dua kluster diisytihar tamat hari ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan Kluster Tembok Limbang di Limbang dan Kluster Jalan Matang di Kuching diisytihar tamat selepas 28 hari tiada kes baharu melibatkan kluster tersebut.

Sementara itu, 299 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini dengan tujuh kes mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 292 kes adalah mereka yang tidak bergejala serta bergejala ringan.

Enam kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di negeri itu dari 10 November hingga semalam.

Kes kematian itu turut melibatkan mereka yang mempunyai latar belakang penyakit seperti penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi dan kencing manis. – Bernama, 14 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen