5,162 kes baharu Covid-19 hari ini


Ragananthini Vethasalam

Beban ditanggung negara kini sebanyak 2,546,309 selepas sebanyak 5,162 jangkitan dilaporkan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 November, 2021.

NEGARA melaporkan sebanyak 5,162 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kes hari ini menjadikan beban ditanggung Malaysia sejak pandemik melanda kini sebanyak 2,546,309.

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow Kementerian Kesihatan selepas tengah malam.

Jumlah kes direkodkan hari ini juga sedikit rendah berbanding semalam dengan 5,809 jangkitan. – 14 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen