5,809 kes jangkitan baharu Covid-19 


Ravin Palanisamy

Malaysia merekodkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 sejak lima hari lalu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 November, 2021.

KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan penurunan buat kali pertama sejak lima hari lalu dengan 5,809 kes jangkitan baharu direkodkan setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 2,541,147.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman CovidNow selepas tengah malam. 

Malaysia merekodkan peningkatan kes sejak lima hari lalu yang mana 6,517 kes yang direkodkan semalam merupakan angka tertinggi sejak tiga minggu lepas. 

Jumlah kes aktif juga meningkat kepada 64,277 selepas kes baharu melebihi kes sembuh sejak empat hari lalu. – 13 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen