Selepas di mahkamah, Indira Gandhi sedia untuk sebarang kemungkinan 


Noel Achariam

Indira Gandhi ketika ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini. Keputusan mahkamah memihak kepadanya yang mana pertukaran agama tiga anaknya kepada Islam terbatal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Januari, 2018.

M. Indira Gandhi kini hanya bersedia untuk berdepan kemungkinan perkara yang lebih buruk.  

Selepas memenangi kes mahkamah hari ini, guru tadika berusia 41 tahun itu tahu ia masih belum berakhir. 

Isu di mahkamah mungkin sudah selesai, namun untuk memenangi anak bongsunya, Prasana Diksa 10 tahun, akan menjadi cabaran paling besar baginya. 

Prasana dilarikan oleh bekas suaminya ketika berusia 11 bulan. Sejak itu, Indira tidak pernah bertemu dengannya. 

“Pasti sukar untuk dia sertai keluarga ini semula. Terdapat kemungkinan dia tidak mahu kembali kepada saya. 

“Saya sudah bersedia secara emosi untuk itu. Bukan mudah selepas berpisah sejak sekian lama. Dan kini untuk bawa dia kembali dan beritahu saya adalah ibu kandungnya dan memperkenalkannya kepada abang dan kakaknya bukan satu perkara mudah. 

“Saya mungkin tidak mengenalinya jika dia lalu sebelah saya memakai tudung sekarang,” kata Indira kepada The Malaysian Insight. 

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan pertukaran agama tiga anak Indira kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah. Indira mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 21 tahun dan anak lelaki berusia 20 tahun.

Mahkamah dihakimi lima panel hakim terdiri daripada presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Richard Malanjum, Zainun Ali, Abu Samah Nordin dan Ramly Ali, menyampaikan penghakiman penting pada hari ini. 

Hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan pertukaran agama tiga anak M. Indira Gandhi kepada Islam terbatal, yang memerlukan persetujuan kedua ibu bapa dan kata perlembagaan “ibu bapa” adalah kes kehilangan dalam terjemahan.

Bercakap kepada The Malaysian Insight hari ini, Indira berkata dia akan menghormati keputusan Prasana. 

“Jika suatu hari nanti dia mahu kembali kepada keluarga, kami akan terimanya dengan tangan terbuka. Dia selalu dalam fikiran saya,” katanya. 

Indira juga berkata anak-anaknya yang lain sangat gembira dengan keputusan mahkamah hari ini. 

“Mereka sangat gembira dan menangi (bila menerima berita). Akhirnya anak saya boleh nyatakan mereka beragama Hindu, Agak mengelirukan apabila rakan-rakan mereka bertanya tentang agama mereka. Anak saya sukar untuk menjawab soalan itu namun sekarang dia yakin (selepas keputusan mahkamah),” katanya. 

Indira turut berharap polis akan meneruskan usaha mereka mengesan anaknya. 

“Kami berharap ketua polis negara yang baharu akan mengambil tindakan segera. Kami juag merayu kepada masyarakat untuk berikan maklumat di mana anak saya berada,” katanya. 

Terdahulu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata polis akan menghormati keputusan mahkamah dan akan berusaha menjejaki anaknya. 

Anak perlu dikembalikan

Peguam Indira, M. Kulasegaran berkata Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengarahkan si bapa, Muhammad Riduan Abdullah, ditahan kerana menghina mahkamah dan anaknya dikembalikan kepada ibunya. 

“Tidak ada masalah baginya (tidak kembalikan kanak-kanak itu). Cara yang diambil oleh polis untuk masa yang sesuai untuk melakukannya adalah malang. Terdapat sedikit atau tidak ada kesungguhan dalam perkara ini.

“Saya mengalu-alukan kenyataan KPN hari ini. Tetapi apa yang berlaku dalam sembilan tahun yang lalu setiap kali ada gembar-gembur ketika Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan ini adalah kenyataan yang dibuat oleh polis.

“Tiba-tiba ia menjadi panas dan kemudian sejuk semula. Namun, beliau (KPN) sudah mengarahkan (untuk tindakan diambil),” katanya. 

Kulasegaran berkata apa yang menjadi halangan adalah cara bagaimana anak itu dibesarkan yang membimbangkan.

“Dengan mengandaikan bahawa dia telah dibesarkan dalam apa cara, saya memberitahu Indira bahawa kanak-kanak itu harus dibiarkan dengan cara itu.

“Kami Hindu tidak memaksa semua isu timbang tara terhadap kanak-kanak. Biarkan mereka belajar sendiri. Tiada guna untuk paksa kepercayaan mereka.

Kulasegaran juga berkata suaminya boleh memfailkan semakan kehakiman berhubung keputusan hari ini. 

“Dia boleh, tetapi dia mesti pergi. Peguamnya boleh failkan untuk mengatakan bahawa hakim telah mendefinisikan secara salah dan memutuskan (mengenai perkara itu).

“Tetapi bukankah kerajaan dan undang-undang yang patut dipersalahkan dengan apa yang berlaku? Mereka diberi mandat oleh rakyat dan mereka gagal.” – 29 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen