JUMLAH kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia terus meningkat selepas Kementerian Kesihatan merekodkan 6,517 kes setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah kes yang direkodkan hari ini merupakan yang tertinggi sejak tiga minggu lalu.
Kali terakhir negara merekodkan kes tinggi adalah pada 22 Oktober iaitu 6,630 kes.
Ia menjadikan juumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 2,535,338.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman CovidNow selepas tengah malam.
Malaysia merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 sejak Ahad apabila merekodkan 4,343 kes jangkitan. – 12 November, 2021.

Komen