MALAYSIA melaporkan 49 kematian berkaitan Covid-19 setakat tengah malam tadi, kesemuanya kes tertunggak, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Jumlah kematian Covid-19 kini menurun sejak dua hari lalu walaupun terdapat peningkatan jangkitan baharu di negara ini.
Menurut data portal KKM, Git.Hub, 14 kes diisytiharkan sebagai kematian di luar hospital.
Ia menjadikan jumlah terkini kematian negara kepada 29,535, manakala jumlah korban di bawah kategori kematian luar hospital ialah 5,975.
Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari itu ditambah kes yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan berpunca daripada Covid-19 selepas siasatan klinikal.
Sabah mencatatkan jumlah kematian terbanyak semalam dengan 12 kes, diikuti Perak (9).
Kematian turut dilaporkan di Selangor and Sarawak (masing-masing 7), Terengganu (6), Kelantan (3), Johor (2), Kedah, Pahang and Kuala Lumpur (masing-masing 1).
Tiada kematian berkaitan koronavirus dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Daripada 14 kes kematian di luar hospital, 7 direkodkan di Sabah, masing-masing tiga di Sarawak dan Perak dan satu di Selangor.
Dalam tempoh dua minggu, Selangor melaporkan 63 kematian, menjadikan jumlah sebanyak 68%.
Purata kematian akibat koronavirus di negara ini ialah 17 bagi setiap sejuta penduduk dengan kadar kematian semasa negara pada 0.9%. – 12 November, 2021.
Komen