6,323 kes baharu Covid-19, paling tinggi sejak 2 minggu


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan sebanyak 6,323 kes baharu Covid-19 telah direkodkan setakat tengah hari ini, merupakan jumlah jangkitan tertinggi sejak dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 November, 2021.

KES harian Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila negara hari ini melaporkan kes tertinggi sejak dua minggu lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat tengah hari ini sebanyak 6,323 kes baharu Covid-19 telah direkodkan.

Kali terakhir Malaysia merekodkan lebih banyak kes berbanding hari ini pada 28 Oktober dengan 6,377 kes.

Kes baharu hari ini menjadikan beban ditanggung negara kini sebanyak 2,528,821.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow Kementerian Kesihatan selepas tengah malam.

Malaysia telah menyaksikan peningkatan kes harian sejak Ahad, yang ketika itu melaporkan sebanyak 4,343 jangkitan. – 11 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen