KKM lapor 78 kematian Covid-19, semua kes tertunggak


Aminah Farid

Sebanyak 78 kematian dilaporkan semalam adalah kes tertunggak dengan 19 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 78 kematian akibat Covid-19 semalam, meningkat sedikit berbanding sehari sebelumnya apabila mencatatkan 58 kematian.

Ia menjadikan jumlah kematian kepada 29,427.

Menurut data GitHub KKM, semua kematian adalah kes tertunggak dengan 19 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Angka kematian harian ialah kes yang dilaporkan pada hari itu ditambah kes baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan oleh Covid-19 selepas siasatan.

Kedah mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 19, menyumbang 24.4% daripada kes kematian semalam.

Kes kematian lain di Sarawak (13), Selangor (12), Kelantan (8), Sabah (8), Perak (7), Johor (5), Melaka (2), Terengganu (2), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baharu dilaporkan di Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Purata nasional untuk kematian akibat koronavirus adalah 19 bagi setiap sejuta penduduk dengan kadar kematian semasa negara pada 0.9%. – 10 November 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen