MALAYSIA melaporkan 5,403 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,516,255.
Negara ini melaporkan kes jangkitan baharu bawah 8,000 bagi 25 hari berturut-turut.
Jumlah kes mengikut negeri akan dimuat naik ke portal CovidNow selepas tengah malam.
Purata tujuh hari R-naught semasa pada 0.94, dengan kadar pesakit dimasukkan ke hospital 7% dan 66% kapasiti katil yang digunakan.
Sementara itu, 22,214,024 individu atau 94.9% daripada populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi setakat semalam.
Berdasarkan kepada data Kementerian Kesihatan di CovidNow, 97.5% populasi dewasa atau 22,819,122 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sejumlah 108,821 dos vaksin diberi semalam, dengan 44,084 lengkap dua dos, 6,342 menerima dos pertama dan 58,395 dos penggalak.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin yang sudah diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ialah 50,527,937 sejak dilancarkan pada 24 Februari. – 9 November, 2021.
Komen