SERAMAI 1,118 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital di seluruh negara semalam, dengan kadar penggunaan katil mencecah 65.7%.
Data di laman web CovidNow menunjukkan hampir semua negeri menunjukkan kadar kemasukan ke hospital membabitkan pesakit Covid-19 semakin menurun.
Jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di Lembah Klang bagaimanapun paling tinggi iaitu 258 kes.
Selangor merekodkan 204 kes, diikuti Kuala Lumpur (33) dan Putrajaya (21).
Di negeri-negeri lain pula, 208 kemasukan direkodkan di Johor, manakala Sarawak (157), Kelantan (116), Sabah (87), Pahang (63), Terengganu (55), Perak (48), Kedah (40), Negeri Sembilan (26), Pulau Pinang (25), Perlis (19), Melaka (15) dan Labuan (1).
Bagi kes baharu Covid-19 pula, Selangor mencatat angka tertinggi iaitu 809. Semalam hari kedua negeri itu melaporkan kes bawah 1,000.
Ini diikuti Johor dengan 302 kes baharu, Kedah (325), Kelantan (820), Melaka (168), Negeri Sembilan (191), Pahang (273), Perak (208), Perlis (25), Pulau Pinang (256), Sabah (364), Sarawak (385), Terengganu (210), Kuala Lumpur (174), Labuan (5), dan Putrajaya (28).
Setakat semalam juga sebanyak 61,760 kes aktif Covid-19 dicatatkan, turun 8.1% daripada 67,233 yang direkodkan tujuh hari lalu.
Sementara itu, seramai 48,042 individu positif Covid-19 menjalani kuarantin di rumah, 7,698 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 5,486 dirawat di hospital. – 9 November, 2021.
Komen