Laungan 'Let's go Brandon' kutuk Biden jadi fenomena di AS


Slogan "Let's go Brandon" pada asalnya berbunyi "Fuck Joe Biden" yang digunakan khalayak di stadium untuk mengutuk Presiden Amerika Syarikat Joe Biden namun diubah suai oleh wartawan arus perdana negara itu sehingga kini menjadi fenomena. – Gambar AFP, 9 November, 2021.

TIDAK sampai enam minggu, pekikan ‘Let’s go Brandon’ yang dilaungkan kebanyakan rakyat Amerika Syarikat telah menguasai negara itu, bermula di stadium sehingga ke Dewan Kongres.

Slogan mengejak Presiden Joe Biden bermula semasa wawancara televisyen NBC dengan pemandu Nascar Brandon Brown selepas menang perlumbaan di Alabama pada 2 Oktober. 

Pemandu berusia 28 tahun itu bercakap kepada wartawan NBC ketika orang ramai di stadium itu mula melaungkan.

Sambil meninggikan suaranya, wartawan itu berkata: “Seperti yang anda boleh dengar daripada orang ramai: Let’s go Brandon!”

Sebenarnya, apa yang dilaungkan orang ramai adalah “Fuck Joe Biden!”

Kepantasan slogan kesat berkod itu merebak dalam negara yang rencam budaya itu mencerminkan dikatakan sebagai kemerosotan perdebatan politik serta populariti Biden yang mejunam.

Tular

Sikap wartawan itu, digabungkan dengan kegembiraan Brown, sudah cukup untuk membuat klip itu tular. Malah slogan “Let’s go Brandon” menjadi cara mudah untuk mengejek Biden, tanpa menggunakan kata makian.

Sejak beberapa minggu ini, ahli politik Republikan yang terkenal telah menggunakan frasa itu, sekali gus menarik kecaman Demokrat.

Antaranya Gabenor Florida Ron DeSantis, yang dilihat ramai sebagai pesaing Rumah Putih pada 2024.

Semasa ucapan di West Palm Beach DeSantis mengejek “pentadbiran Brandon.”

Beliau merupakan salah seorang daripada ramai pemimpin Republikan yang telah membantu menaikkan slogan itu sehingga diterima ramai orang. – AFP, 9 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen