KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 58 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, dengan 8 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead atau BID).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 29,349 kes, menurut KKM.
Menerusi data yang dikongsikan di portal GitHub juga menunjukkan semua kematian yang direkodkan semalam adalah kes tertunggak.
Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa mingu lalu.
Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.
Selangor mencatat angka tertinggi dengan 13 kes, diikuti Sarawak sebanyak 12 kes.
.jpg)
Tiada kes kematian direkodkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Sementara itu, data yang dikongsikan di laman web CovidNow pula menujukkan Malaysia mencatat purata 19 juta kematian bagi setiap sejuta penduduk. – 9 November, 2021.
Komen