Kes sembuh Covid-19 melebihi kes jangkitan baharu dengan ketara 


7,348 kes sembuh yang direkodkan hari ini melepasi kes jangkitan baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Sebanyak 4,543 kes jangkitan baharu direkodkan menjadikan kes keseluruhan kepada 2,510,852.

Hanya 15 kes merupakan kes import manakala selebihnya adalah penularan tempatan. 

Sementara itu, 534 dirawat di unit rawatan rapi setakat tengah hari ini. Daripada jumlah ini, 263 memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Dr Noor Hisham berkata 529 daripada 534 kes yang dirawat di ICU disahkan Covids-19 manakala bakinya adalah kemungkinan. 

112 daripada kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 (tidak bergejala) dan Kategori 2 (bergejala ringan) manakala bakinya adalah kes yang lebih teruk. 

Dr Noor Hisham turut melaporkan enam kluster jangkitan baharu, yang menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif kepada 314. – 8 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen