Terlepas suntikan penggalak: Klinik perlu beritahu KKM waktu operasi, kata Dr Noor Azmi


Chan Kok Leong

Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali mengingatkan klinik perubatan yang memberi suntikan penggalak Covid-19 supaya kemas kini waktu operasi mereka agar orang ramai bersedia, tidak terlepas waktu untuk mendapatkan suntikan itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 November, 2021.

KLINIK perubatan perlu memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai waktu operasi buka dan tutup mereka bagi mengelak orang ramai terlepas janji temu untuk suntikan penggalak Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali.

“Kami sedar isu di mana orang ramai telah diberi janji temu untuk suntikan penggalak tetapi tidak boleh dapat suntikan sebab klinik ditutup,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

“Klinik perlu kemas kini kepada KKM mengenai waktu operasi mereka supaya boleh dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera.

“KKM tidak dapat jejak ribuan klinik yang terlibat dalam program penggalak Covid-19,” kata ahli Parlimen Bagan Serai itu.

Noor Azmi menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai rakyat Malaysia yang tidak dapat suntikan penggalak mereka selepas klinik yang ditetapkan ditutup.

“Saya ada senarai aduan daripada rakyat yang dapat janji temu untuk klinik tertentu di Senawang tetapi apabila mereka pergi ke sana ia tutup.”

Noor Azmi berkata KKM sedar masalah itu dan sedang dalam proses memperbetulkannya.

Malaysia mula beri suntikan penggalak Covid-19 untuk barisan hadapan dan warga berusia 60 tahun ke atas dan individu berisiko tinggi pada 13 Oktober. – 8 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen