Sulaiman calon tunggal ketua menteri Melaka BN, kata Najib


Noel Achariam

Penasihat Bn Najib Razak berkata gabungan itu hanya mencalonkan Sulaiman Md Ali sebagai ketua menteri Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 8 November, 2021.

BARISAN Nasional (BN) hanya mencalonkan Sulaiman Md Ali yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu sebagai ketua menteri Melaka, kata penasihatnya Najib Razak.

Beliau menolak khabar angin mengatakan Pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh turut dicalonkan untuk memegang jawatan ketua menteri.

“Tak, tak, tak… kita (BN) dah tentukan Sulaiman (sebagai ketua menteri),” kata penasihat BN itu kepada pemberita di pusat penamaan calon di Tanjung Bidara hari ini.

BN meletakkan calon di kesemua 28 kerusi DUN pada PRN Melaka.

SPR menetapkan PRN Melaka diadakan pada 20 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN selepas empat Adun – Idris Haron (Sg Udang-BN), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor-BN), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu-Bebas) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-Bersatu) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman Md Ali. – 8 November, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen