SEMUA negeri dan wilayah persekutuan menyaksikan kes baharu Covid-19 semalam, dengan Selangor melaporkan jangkitan tertinggi iaitu 981 kes.
Secara keseluruhannya, terdapat 4,343 kes.
Selangor melaporkan 240 kemasukan ke hospital manakala kadar penggunaan katil hospital pada 55.8%.
Menurut data Git.hub Kementerian Kesihatan (KKM), ini diikuti oleh Sarawak dengan 460 kes.
Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kes baharu semalam ialah Johor (381), Kedah (325), Kelantan (376), Melaka (152), Negeri Sembilan (148), Pahang (220), Perak (186), Perlis (19), Pulau Pinang (245), Sabah (405), Terengganu (186), Kuala Lumpur (228), Putrajaya (17) dan Labuan (14).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sejak wabak Covid-19 bermula pada 25 Januari tahun lepas kepada 2,506,309.
Terdapat 64,623 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi.
Daripada jumlah ini, 554 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 272 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 50,933 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 8,130 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 5,006 dimasukkan ke hospital. – 8 November, 2021.
Komen