KKM lapor 35 kematian Covid-19, semua kes tertunggak


Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 29,291 kes, lapor KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 November, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 35 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, dengan 5 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead atau BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 29,291 kes sejak 17 Mac tahun lalu, menurut KKM.

Menerusi data yang dikongsikan di portal GitHub juga menunjukkan semua kematian yang direkodkan semalam adalah kes tertunggak.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa mingu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Johor dan Sarawak catat angka tertinggi dengan masing-masing melaporkan enam kematian.

Tiada kes kematian di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setakat tengah malam tadi.

Sementara itu, data yang dikongsikan di laman web CovidNow pula menujukkan Malaysia mencatat purata 17 juta kematian bagi sejuta penduduk. Sarawak mencatat purata tertinggi iaitu 48 kematian. – 8 November, 2021.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen