MAHKAMAH Rayuan Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menangguhkan mandat vaksin Covid-19 pentadbiran Presiden Joe Biden yang bertujuan memvaksin berjuta-juta pekerja dalam syarikat dengan lebih 100 pekerja.
Mahkamah rayuan berpangkalan di New Orleans berkata pempetisyen “beri sebab untuk percaya ada isu perundangan dan perlembagaan yang serius dengan Mandat, oleh itu Mandat ini dikekalkan sementara menunggu tindakan selanjutnya oleh mahkamah ini.”
Justeru mahkamah mengarahkan kerajaan menjawab usul untuk injunksi kekal pada petang Isnin.
Pempetisyen itu termasuk lima negeri Republikan AS yang kuat iaitu Texas, Louisiana, Carolina Selatan, Utah dan Mississippi, serta beberapa syarikat swasta dan kumpulan agama.
Jika ditangguhkan ia dikatakan akan jadi satu langkah kebelakang kepada salah satu usaha Biden yang paling luas dan berimpak tinggi untuk mendapatkan imunisasi meluas pekerja Amerika menjelang musim sejuk apabila kebangkitan semula Covid-19 dijangka.
Salah guna kuasa
Tiada reaksi segera daripada pentadbiran Biden.
Namun Gabenor Texas Greg Abbott, seorang Republikan yang menentang mandat pelitup muka dan vaksin, memuji keputusan itu dalam ciapan di Twitter.
“Pendengaran kecemasan akan dibuat tidak lama lagi,” katanya. “Kami akan ada hari kami di mahkamah untuk hentikan salah guna kuasa Biden yang tidak ikut perlembagaan.”
Mandat vaksin mempunyai sejarah yang panjang di AS, tetapi secara amnya telah diisukan oleh bandar atau negeri.
Yang menjadi isu di sini ialah seorang presiden mengeluarkan mandat yang begitu meluas di seluruh negara.
Peguam negeri Texas Ken Paxton, antara mereka yang memfailkan saman untuk menghalang mandat Biden, berkata pada Sabtu di CNN presiden telah melebihi kuasanya.
“Perjuangan belum berakhir,” kata Paxton melalui Twitter sebelum ini, “dan saya tidak akan berhenti menentang tindakan melampaui perlembagaan ini!” – AFP, 7 November, 2021.
Komen