TIGA penyandang naib presiden PAS mempertahankan jawatan mereka pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2021-2023 yang berlangsung dalam Muktamar Tahunan PAS ke-67 di Kuala Terengganu.
Kemenangan menteri agama Idris Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mengekalkan barisan kepimpinan utama parti Islam itu selepas dua jawatan teratas presiden dan timbalan presiden juga kekal selepas tiada pencabar.
Tiga naib presiden yang kekal itu mengetepikan cabaran AJK PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki, yang juga setiausaha sulit kepada menteri alam sekitar.
Zuhdi meraih 623 undi ketinggalan di belakang Ahmad Samsuri (778) dan Amar (956). Idris unggul di atas dengan 1164 undi.
Pemilihan kali ini juga menentukan 18 penyandang jawatankuasa PAS pusat, yang dipilih daripada 36 calon.
Pengundian semalam disertai 1,299 perwakilan yang mengundi secara fizikal di Kuala Terengganu sementara 1,221 perwakilan mengundi secara dalam talian. – 7 November, 2021.
MENYUSUL
Komen